Ahli Parlimen PAS gesa Jabatan Amal diberi elaun seperti Skuad Sabil Umno Posted on 13/11/2024 By udot Abdul Latiff Abdul Rahman mendakwa Jabatan Amal diselia Pemuda PAS lebih berpengalaman mengendalikan operasi ketika bencana berbanding Skuad Sabil Umno. (Gambar PAS) KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen PAS mencadangkan kerajaan turut memberikan elaun kepada pasukan sukarelawan partinya dikenali Jabatan Amal dengan mengiktiraf sebagai sebahagian ahli Angkatan Pertahanan Awam (APM). Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mendakwa ini kerana pasukan diselia Pemuda PAS itu lebih berpengalaman dalam mengendalikan operasi ketika bencana berbanding Skuad Sabil di bawah Umno yang menikmati elaun khas dari kerajaan. “Jika Skuad Sabil boleh diiktiraf kerajaan sebagai ahli APM mengapa tak iktiraf Jabatan Amal?. “Pasukan itu banyak membantu orang awam termasuk pada waktu bencana tanpa sebarang elaun dan turun secara sukarela…lebih berpengalaman daripada Skuad Sabil,” katanya ketika berbahas peringkat jawatankuasa Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat. Abdul Latiff Abdul Rahman. Beliau turut meminta kerajaan menjelaskan peruntukan dikeluarkan kerajaan untuk memberi elaun kepada Skuad Sabil, selain skop tugas pasukan sukarelawan terbabit. Pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 berlangsung Ogos lalu, Presidennya Zahid Hamidi yang juga timbalan perdana menteri mengumumkan Skuad Sabil menjadi sebahagian daripada APM dan diberikan elaun. APM diletak di bawah Zahid yang juga pengerusi jawatankuasa bencana negara. Bagaimanapun, pengumuman itu mencetuskan pertikaian khususnya oleh pembangkang yang mempersoalkan mengapa jentera di bawah Umno boleh diberikan elaun menggunakan dana kerajaan. News
Taman eko rimba, hutan taman negeri di Pahang ditutup akibat MTL Posted on 17/11/2024 Jabatan Perhutanan Negeri Pahang berkata aktiviti rekreasi dalam hutan simpan kekal seperti pendakian gunung, perkhemahan dan sukan lasak berkenderaan dilarang. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Taman eko rimba, hutan taman negeri dan kawasan pelancongan eko di Pahang ditutup sementara disebabkan bermulanya monsun timur laut (MTL). Aktiviti rekreasi dalam hutan simpan kekal… Read More
DPM Fadillah says Malaysia to launch renewable energy auction for Singapore by end 2024 to share excess electricity and reduce reliance on fossil fuels Posted on 13/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 13 — Malaysia’s cross-border renewable energy auction for Singapore’s energy importer, under Energy Exchange Malaysia (ENEGEM), will begin by year-end, Deputy Prime Minister Datuk Seri Fadillah Yusof said. He explained that, through efforts to integrate regional power grids, the country aims to strengthen energy security across ASEAN… Read More
Taman Danau Desa mum admits to locking toddler son in cage for seven hours so she could work, gets 14 days’ jail, RM10,000 fine, 240 hours community service Posted on 11/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 11 — A 20-year-old mother was sentenced to 14 days in prison and fined RM10,000 after pleading guilty to physically abusing her three-year-old son in Taman Danau Desa here. She was also ordered to perform 240 hours of community service, Harian Metro reported this afternoon. The mother,… Read More