Budak perempuan maut, motosikal dinaiki 4 beranak rempuh lori Posted on 22/12/2024 Kejadian dipercayai berlaku apabila lori dipandu lelaki 44 tahun keluar simpang tanpa memberi keutamaan kepada motosikal, kata Ketua Polis Batu Pahat Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani. (Gambar Bernama) BATU PAHAT: Seorang kanak-kanak empat tahun maut manakala bapa dan dua lagi kanak-kanak cedera selepas motosikal dinaiki empat beranak itu terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Sungai Ayam di sini, semalam. Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, Afiqah Syaurah Qamarul Arifin meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. “Kemalangan dipercayai berlaku ketika lelaki tempatan berumur 37 tahun sedang menunggang sebuah motosikal bersama tiga anak perempuannya masing-masing berumur empat, tujuh dan lapan tahun dari arah Senggarang menghala ke arah Minyak Beku di sini. “Apabila sampai di tempat kejadian, telah berlaku kemalangan dengan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun telah keluar simpang tanpa memberi keutamaan laluan terlebih dahulu kepada motosikal yang bergerak lurus di jalan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata kanak-kanak berumur tujuh dan lapan tahun itu masing-masing mengalami kecederaan ringan di tangan dan kaki manakala bapa mereka mengalami luka di muka dan dada dengan kesemua mereka dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail di sini. “Pemandu lori dan seorang kelindan pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran atau hubungi Hotline IPK Johor di talian 07-2212999 atau Hotline Polis IPD Batu Pahat di talian 07-4343999. News
Sultan Ibrahim arah Kementah ambil serius kes buli berulang di UPNM Posted on 12/11/2024 Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah budaya buli menjejaskan kesejahteraan pelajar dan mencemarkan reputasi institusi pengajian tinggi.(Gambar Istana Negara) PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengarahkan Kementerian Pertahanan mengambil perhatian serius kes buli berulang kali berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional (UPNM). Baginda bertitah, budaya buli… Read More
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Posted on 29/11/2024 Seorang lelaki mengharungi air banjir berikutan hujan lebat di Medan, Sumatera Utara, Indonesia, yang sedang menghadapi musim tengkujuh tahunan. (Gambar AP) JAKARTA: Hujan berterusan selama seminggu dilapor menyebabkan beberapa siri banjir dan tanah runtuh di seluruh wilayah Sumatera Utara Indonesia, mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang, menurut pihak berkuasa pada Jumaat. Susulan… Read More
Driver nabbed after trying to run down duo on motorcycle Posted on 14/11/2024 A viral video of the incident showed a car ramming into the back of a motorcycle ridden by two men, before trying to run down one of them. PETALING JAYA: Police have arrested the driver of a car who tried to ram down two people on a motorcycle in Kuala… Read More