Dihubungi ‘scammer’ dalam talian di Iraq, juruteknik rugi lebih RM900,000 Posted on 17/11/2024 By udot Mangsa diminta membayar deposit RM100,000 bagi mengeluarkan ‘keuntungan’ RM8 juta oleh syarikat pelaburan dalam talian, kata polis. PETALING JAYA: Seorang juruteknik syarikat cari gali rugi RM908,305 selepas terpedaya dengan pelaburan dalam talian yang kononnya mampu memberi keuntungan dalam tempoh satu jam. Ketua Polis Johor M Kumar berkata lelaki berusia 48 tahun mendakwa menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada individu pelaburan terbabit ketika dia berada di tempat kerja di Iraq, Ogos lalu, Menurutnya, tertarik dengan keuntungan dijanjikan, mangsa kemudiannya memuat turun aplikasi sebelum membuat pendaftaran selain mengikuti kelas secara dalam talian yang menjelaskan prosedur urus niaga serta keuntungan. M Kumar. “Semasa berada di Kota Tinggi pada pertengahan September hingga bulan ini, dia telah membuat pembayaran secara dalam talian ke beberapa akaun bank berbeza seperti diarahkan sehingga berjumlah RM908,305. “Selepas bayaran dibuat, pelaburannya telah mencatatkan keuntungan berjumlah RM8 juta dan dia berhasrat mengeluarkan wang keuntungan berkenaan,” katanya dalam kenyataan. Kumar berkata untuk berbuat demikian mangsa diarahkan melakukan pembayaran sebanyak RM100,000 sebagai wang deposit, namun dia enggan. “Menyedari ditipu, dia membuat laporan polis semalam dengan kerugian RM908,305. “Kes disiasat mengikut 420 Kanun Keseksaan,” katanya. Beliau turut menasihatkan orang ramai lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya tawaran pelaburan dalam talian dengan pulangan tinggi dalam masa singkat. News
Malaysia, Netherlands to collaborate on flood mitigation pilot projects under Dutch Surge Support scheme, says DPM Fadillah Posted on 18/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 18 — Several pilot projects will be implemented to enhance Malaysia’s flood management strategies in collaboration with the Netherlands under the Dutch Surge Support (DSS) scheme, said Deputy Prime Minister Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah who is also the Minister of Energy Transition and Water Transformation (Petra)… Read More
Senarai hitam peminjam tak bayar hutang Mara hanya sementara, kata timbalan menteri Posted on 13/11/2024 Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Rubiah Wang berkata antara syarat untuk pelajar memasuki MRSM adalah ibu bapa pelajar tidak disenarai hitam oleh Mara. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Tindakan menyenarai hitam individu yang tidak membayar pinjaman Mara hingga menyebabkan anak mereka tidak memenuhi syarat kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA… Read More
Cartier owner’s earnings sink as sales slump in China Posted on 08/11/2024 Cartier owner Richemont saw its global sales fall 1% to €10.1 billion. (AFP pic) ZURICH: Cartier owner Richemont posted today a 20% drop in net profit for the first half of the year as sales sank in China, whose economic slowdown has hit the luxury sector. Richemont said its profit… Read More