Imigresen tahan 17 ‘ulat parkir’ warga asing di Bukit Bintang Posted on 31/12/2024 Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan aktiviti itu menyalurkan maklumat kepada imigresen untuk tindakan lanjut. (Gambar Facebook) KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Kuala Lumpur melumpuhkan satu sindiket parkir haram yang beroperasi di sekitar Bukit Bintang dengan penahanan 17 lelaki warga asing dalam satu operasi yang dilakukan tengah hari tadi. Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff dalam kenyataan berkata, serbuan dijalankan pada 1 tengah hari dengan disertai enam pegawai dan anggota Unit Operasi Khas Imigresen Kuala Lumpur. Beliau berkata hasil operasi hampir sejam itu, pihaknya menahan 17 lelaki warga asing yang berumur dalam lingkungan 30-an yang dipercayai mengutip wang parkir secara haram di dua lokasi di Bukit Bintang. “Di lokasi pertama, imigresen menahan dua lelaki Bangladesh dan sembilan lelaki Myanmar, manakala di lokasi kedua seramai enam lelaki Myanmar ditahan,” katanya. Beliau berkata operasi itu dilakukan kurang daripada 24 jam selepas pihaknya mengesan satu video berdurasi 1 minit 39 saat yang dimuat naik oleh akaun ‘SKUAD 4NTI PATI’ di Facebook, yang memaparkan beberapa warga asing menjadi ‘ulat’ parkir di lokasi serbuan. Wan Saupee pada masa yang sama berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan aktiviti sedemikian supaya dapat menyalurkan maklumat kepada imigresen untuk tindakan lanjut. News
Skuad e-sukan Malaysia cipta sejarah muncul juara dunia di Riyadh Posted on 16/11/2024 Kemenangan pada Kejohanan Dunia IESF di Riyadh, Arab Saudi, menyaksikan pasukan Malaysia membawa pulang USD70,000 (RM 313,180). KUALA LUMPUR: Pasukan Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) Malaysia mencipta sejarah apabila menjuarai Kejohanan Dunia IESF selepas menewaskan Filipina 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi, hari ini. Malaysia dibarisi hampir… Read More
2 foreigners nabbed, 6 ‘collectors’ rescued in Johor charity donation scam Posted on 06/12/2024 Johor police chief M Kumar said six men – a Malaysian and five foreigners aged 21 to 70 – had been used by the syndicate to collect donations. (Bernama pic) JOHOR BAHRU: Police arrested two foreign brothers on suspicion of being the masterminds behind a charity donation scam and rescued… Read More
Lawatan PM ke Brazil kukuh hubungan diplomatik 65 tahun Posted on 17/11/2024 Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang media sempena Sidang Kemuncak Apec 2024. (Gambar Bernama) LIMA: Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Brazil berlangsung dari 16 hingga 19 Nov bakal mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin selama 65 tahun selain dapat meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan. Menteri Luar Negeri, Mohamad… Read More