Kemuka dokumen palsu RM1 juta, Datuk direman Posted on 12/11/2024 By udot Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk mendapatkan perintah reman. (Gambar SPRM) PETALING JAYA: Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bernilai kira-kira RM1.1 juta. Sumber berkata, dokumen itu membabitkan permohonan kuota pekerja asing untuk kelulusan Kementerian Sumber Manusia Katanya, suspek lelaki berusia sekitar 40-an yang juga warga Bangladesh ditahan kira-kira 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di SPRM Selangor. Menurutnya, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar 2023 dengan mengemukakan dua permohonan kuota melibatkan seramai 600 pekerja asing oleh syarikat berkenaan sedangkan pembekalan tenaga kerja bagi projek dikemukakan tidak wujud. “Dua permohonan ini melibatkan pembayaran levi kira-kira RM650,000 dan RM460,000,” katanya. Katanya, suspek direman enam hari hingga 17 Nov selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi. Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Alias Salim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. News
Kane hits out at player withdrawals ahead of Nations League games Posted on 14/11/2024 England’s Harry Kane (left) leads the training session at St George’s Park ahead of their Nations League matches against Greece and Ireland. (AP pic) LONDON: England skipper Harry Kane has hit out at several players who withdrew from the national team ahead of their Nations League matches against Greece and… Read More
CAAM larang guna bagasi pintar di apron lapangan terbang Posted on 18/11/2024 Pihak Berkuasa Penerbangan Awam berkata bagasi pintar dilengkapi motor elektrik perlu dinyahaktifkan sepenuhnya, termasuk komponen bateri sebelum dibawa masuk ke kawasan apron lapangan terbang. (Gambar Facebook) PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) mengeluarkan arahan keselamatan melarang penggunaan bagasi pintar atau “skuter” sebagai mod pengangkutan di kawasan apron lapangan terbang. Ketua… Read More
Malaysia sees Egypt as strategic partner, says Anwar Posted on 11/11/2024 Prime Minister Anwar Ibrahim had a meeting with Egyptian president Abdel Fattah El-Sisi during his official visit to the country today. (Bernama pic) CAIRO: Malaysia and Egypt have agreed to work towards elevating bilateral relations to the level of strategic partnership in the near future, said Prime Minister Anwar Ibrahim…. Read More