Kumpulan mahu bincang kubur Muslim di tapak pengebumian 13 Mei Posted on 25/11/2024 Tapak perkuburan mangsa rusuhan kaum 13 Mei di Sungai Buloh majoritinya terdiri daripada mangsa kaum Cina. Terdapat juga dua kubur orang Islam di situ. PETALING JAYA: Sebuah persatuan masyarakat mohon diadakan pertemuan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak melibatkan dua kubur orang Islam di kawasan perkuburan mangsa 13 Mei di Sungai Buloh, yang mana baru-baru ini digazet sebagai perkuburan bukan Muslim. Kumpulan itu, Sekretariat Angkatan Islah Rakyat (AIR), mempersoalkan keputusan kerajaan Selangor menggazet kawasan itu, apabila tidak dilakukan sebarang dialog atau penglibatan awam, sambil menekankan kurangnya tatakelola. Pihak sekretariat juga bimbang NGO bukan Islam, Persatuan Sahabat Warisan Kuala Lumpur dan Selangor (Pesawa) diberi hak menguruskan perkuburan itu, mengambil kira ada sejumlah kubur orang Islam di kawasan itu. Semalam, Setiausaha Pewasa Law Jing, berkata pihaknya bercadang bertemu pegawai tanah bagi menjelaskan perkara itu kerana permohonan kumpulan berkenaan untuk menguruskan tanah perkuburan itu tidak termasuk sebarang rujukan kepada agama. Hari ini, People’s Reform Movement juga, berkata mereka ingin mengadakan pertemuan dengan pegawai kerajaan di Gombak bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Dalam kenyataan, kumpulan itu berkata: “Tindakan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak serta kerajaan Selangor tidak menggambarkan pelaksanaan mekanisme, proses dan penglibatan awam yang membolehkan komuniti terjejas untuk mempertahankan hak mereka dengan jelas, sah, dan kepentingan mengurangkan jurang antara pihak berkuasa dengan orang awam.” Kumpulan itu melibatkan Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia, Gerakan Pengundi Sedar, dan Concerned Lawyers for Justice. Pada 22 Nov, Selangor memberi hak kepada Pesawa menguruskan kawasan perkuburan di atas bukit, di belakang Hospital Sungai Buloh. Ia menempatkan 102 batu nisan, majoritinya menyemadikan orang Cina yang menjadi mangsa rusuhan kaum. Kerajaan Selangor mengazet kawasan itu sebagai kawasan perkuburan bukan Muslim, pada 5 Sept. News
Meritokrasi ketat tak akan berkesan di Sarawak, kata senator PKR Posted on 09/11/2024 Senator Abun Sui Anyit kata pendekatan meritokrasi secara ketat tidak akan berkesan di Sarawak berikutan ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan. (Gambar Parliament of Malaysia) PETALING JAYA: Seorang senator PKR menolak penggunaan meritokrasi secara ketat di Sarawak selepas ia memutuskan untuk menghapuskan kuota kemasukan di lima universiti milik kerajaan negeri. Senator Abun… Read More
Tekap seterika: Pegawai kadet UPNM mengaku tak salah Posted on 08/11/2024 Amirul Iskandar Norhanizan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan seterika terhadap rakan sekelasnya. KUALA LUMPUR: Seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan seterika terhadap rakan sekelasnya, bulan lalu. Tertuduh, Amirul Iskandar Norhanizan,… Read More
Petronas pumps RM7.5b into Pengerang complex for solar energy project, bio-refinery development, says Johor MB Posted on 15/11/2024 JOHOR BARU, Nov 14 — Petroliam Nasional Bhd has made new investments totalling RM7.5 billion at the Pengerang Integrated Complex (PIC) near Kota Tinggi. Johor Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi said that the investment includes a 40-megawatt solar energy project, a collaboration between Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) and… Read More