Lawatan PM ke Brazil kukuh hubungan diplomatik 65 tahun Posted on 17/11/2024 By udot Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang media sempena Sidang Kemuncak Apec 2024. (Gambar Bernama) LIMA: Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Brazil berlangsung dari 16 hingga 19 Nov bakal mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin selama 65 tahun selain dapat meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan. Menteri Luar Negeri, Mohamad Hasan, berkata lawatan kerja tersebut terdiri dua komponen utama: pertama, pertemuan dua hala dengan Presiden Brazil Luiz Inácio Lula Da Silva, pada 17 Nov dan kedua, penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20 di bawah kepengerusian Brazil pada 18 hingga 19 Nov. “Kali terakhir Malaysia menghadiri Sidang G20 ialah pada 2015 di Turki, selaku pengerusi Asean ketika itu. Tahun 2025 amat signifikan kepada Malaysia dan Brazil.” “Tatkala Malaysia menjadi pengerusi Asean, Brazil akan menerajui BRICS dan turut menjadi tuan rumah bagi Persidangan Pihak-Pihak ke-29 (COP29) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC),” katanya kepada pemberita hari ini. G20 dianggotai 19 negara dan dua kesatuan iaitu Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Mexico, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Korea Selatan, Turki, United Kingdom, Amerika Syarikat Kesatuan Eropah (EU) dan Kesatuan Afrika (AU). Ia merupakan perkumpulan geoekonomi yang amat berpengaruh dalam sosioekonomi, perdagangan dan kewangan dunia selain memainkan peranan penting dalam menentukan piawaian antarabangsa dalam hal ehwal ekonomi dunia. Pertemuan dua hala, perbincangan dengan industri Brazil Dalam pertemuan dua hala antara perdana menteri dan Presiden Lula, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pelbagai peluang untuk memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Brazil. Katanya, topik utama perbincangan termasuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, serta memajukan industri halal yang berpotensi. Malaysia dan Brazil akan turut membincangkan isu global yang berkepentingan bersama seperti perubahan iklim, reformasi institusi antarabangsa termasuk perhimpunan agung PBB, dan pembaharuan sistem kewangan global. Mohamad berkata, satu perbincangan meja bulat dengan pemain industri Brazil juga dijadualkan diadakan untuk mempromosikan peluang perniagaan, khususnya dalam sektor semikonduktor dan halal. Penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20 Beliau berkata, salah satu tumpuan utama lawatan ini adalah penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak G20 yang bertemakan ‘Building a Just World and a Sustainable Planet’ (Membina Dunia dan Planet yang Lestari). Di bawah Kepengerusian Brazil, G20 akan melancarkan ‘Global Alliance against Hunger and Poverty’ yang bertujuan membasmi kemiskinan dan kelaparan di seluruh dunia. Tema ini selaras komitmen kerajaan Madani dalam meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat Malaysia, terutama dalam usaha membasmi kemiskinan tegar. Pada 18 Nov, Anwar yang juga menteri kewangan akan menyampaikan pandangan Malaysia dalam dua sesi penting G20: pertama sesi ‘Social Inclusion and the Fight against Hunger and Poverty’, dan kedua sesi ‘Reform of Global Governance Institutions’. Katanya, kedua-dua sesi ini, memberi peluang kepada Malaysia untuk menyuarakan pandangan mengenai inisiatif untuk menangani isu kemiskinan, ketidaksetaraan, dan reformasi sistem pemerintahan global. News
Kerajaan mahu Dhaka perjelas permintaan ekstradisi 2 individu Posted on 10/11/2024 Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau telah membincangkan permintaan ekstradisi Bangladesh dengan peguam negara dan ketua polis negara. NIBONG TEBAL: Kerajaan mahu Bangladesh menjelaskan tujuan permintaannya untuk mengekstradisi dua ahli perniagaan, pengasas Bestinet Sdn Bhd Aminul Islam dan rakan perniagaannya Ruhul Amin. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail…. Read More
UK govt sorry after meat, alcohol served at Diwali event Posted on 16/11/2024 Diwali, the Hindu festival of lights, honours the victory of good over evil. (EPA Images pic) LONDON: The UK government apologised to British Hindus today after meat and alcohol were served at its annual Diwali celebration at Prime Minister Keir Starmer’s official Downing Street residence. Although Hinduism does not strictly… Read More
Kartel tipu tuntutan Perkeso: 5 pegawai KKM dipindah hospital Posted on 20/11/2024 Sebelum ini SPRM menahan 32 individu termasuk tiga pegawai perubatan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kartel dikatakan memalsukan tuntutan hilang upaya Perkeso di negeri itu. PETALING JAYA: Lima pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) terbabit kartel memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dipindahkan ke hospital lain sementara menunggu… Read More