Pemilihan PKR: Kedudukan timbalan, naib presiden penting stabilkan pemerintahan Anwar Posted on 11/01/2025 Ketika ini jawatan timbalan presiden PKR disandang Rafizi Ramli manakala kerusi naib presiden diduduki Nik Nazmi Nik Ahmad selain Amirudin Shari, Aminuddin Harun dan Chang Lih Kang. PETALING JAYA: Kekuatan timbalan dan naib presiden PKR yang bakal dipilih pada pemilihan parti akan datang penting untuk memastikan kestabilan kepimpinan Anwar Ibrahim, kata penganalisis. Felo Majlis Profesor Negara (MPN), Azmi Hassan, berkata ini kerana pemimpin PKR dipilih ke jawatan itu boleh menyokong Anwar meneruskan pentadbirannya di Putrajaya selepas PRU16 walaupun sudah mencapai had tiga penggal sebagai presiden parti. Azmi Hassan. “Ini yang mungkin cuba dikatakan (naib presiden PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad untuk menstabilkan kepimpinan Anwar. “Bagi saya jawatan itu (timbalan dan naib presiden) penting bagi mengekalkan kedudukan Anwar sebagai perdana menteri walaupun bukan lagi menjadi presiden,” katanya kepada FMT. Beliau mengulas kenyataan Nik Nazmi, kelmarin, yang dilaporkan Berita Harian bahawa pemilihan parti dijadualkan selepas Mei ini bertujuan menstabilkan kepemimpinan Anwar. Ketika ini, jawatan timbalan presiden PKR disandang Menteri Ekonomi Rafizi Ramli manakala kerusi naib presiden pula diduduki Nik Nazmi yang juga menteri sumber asli dan kelestarian alam selain Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang. Semuanya menang pada pemilihan berlangsung Mei 2022. Mereka yang dilantik sebagai naib presiden pula terdiri Nurul Izzah Anwar, Saraswathy Kandasami dan Awang Husaini Sahari. Anwar mula mengetuai PKR pada penggal 2018-2021 sebelum mempertahankan kedudukan itu untuk penggal 2022-2025, kedua-duanya menang tanpa bertanding. Pada kongres khas bulan lalu, Anwar menggesa proses pemilihan parti dilaksanakan segera bagi membolehkan peralihan kepimpinan selaras dengan prinsip demokrasi dijunjung tinggi. Syaza Shukri. Sementara itu, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berpendapat kenyataan Nik Nazmi bukan bermaksud tiada lagi demokrasi dalam PKR kerana seolah-olah tiada pertandingan bagi jawatan tertinggi disandang Anwar. “Saya rasa seperti yang Nik Nazmi kata ia lebih kepada mengukuhkan kedudukan PKR dalam kerajaan. Namun, saya rasa sikap terbuka untuk bersuara dan menyoal presiden PKR sepatutnya berterusan. “Kestabilan tak bererti semua berdiam dan ia tak bagus untuk parti kerana presiden perlu tahu perkara di bawah,” katanya. News
Kerajaan tak cermat tandatangan kontrak sistem pekerja asing dengan Bestinet, kata PAC Posted on 21/11/2024 PAC akan mengadakan prosiding pada 10 Dis berhubung kontrak kerajaan dengan Bestinet untuk menyediakan sistem IT pengambilan pekerja asing. PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata tindakan kerajaan menandatangani kontrak Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing (FWCMS) dengan Bestinet Sdn Bhd pada September lalu sebagai langkah kurang cermat. Pengerusi Mas… Read More
Paderi Singapura cedera ditikam di gereja Posted on 10/11/2024 Kejadian tikaman berlaku di Gereja St Joseph di Bukit Timah melibatkan paderi, Christopher Lee. (Gambar Facebook) SINGAPURA: Seorang paderi cedera dalam serangan menggunakan pisau semasa upacara misa di Gereja St Joseph di Bukit Timah, pada petang Sabtu. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura, K Shanmugam, berkata paderi itu… Read More
First flight takes off from Damascus airport since Assad’s fall Posted on 18/12/2024 The Syrian Air Airbus plane took off from Damascus to Aleppo today. (AP pic) DAMASCUS: The first flight since the ouster of Syria’s president Bashar al-Assad took off today from Damascus airport to Aleppo in the country’s north, AFP journalists saw. Forty-three people including journalists were on board the Syrian… Read More