Pengimport telur gagal saman fitnah Azmin Posted on 15/11/2024 By udot Azmin Ali disaman berhubung dakwaannya bahawa sebuah syarikat telah memperoleh kontrak melalui rundingan terus dengan kerajaan untuk mengimport telur dari India. KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi telah menolak saman fitnah difailkan pengimport telur tempatan terhadap bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Azmin Ali. Hakim Leong Wai Hong berkata J&E Advance Tech Sdn Bhd gagal membuktikan tiga unsur fitnah dalam samannya terhadap Azmin yang juga bekas menteri besar Selangor. Leong berkata syarikat itu mesti membuktikan bahawa kenyataan defendan merujuk kepadanya, bahawa ada penerbitan kandungan berunsur fitnah dan kenyataan disangkal terbabit adalah fitnah. Bagaimanapun, Leong berkata Deepak Jaikishan, yang dirujuk Azmin beberapa kali dalam ucapannya, bukanlah pengarah mahupun pemegang saham syarikat itu. “Saman itu ditolak dengan kos RM50,000,” katanya dalam keputusannya. Tahun lepas, J&E menyaman Azmin berhubung kenyataannya yang mendakwa syarikat itu telah memperoleh kontrak melalui rundingan terus dengan kerajaan untuk mengimport telur dari India sebagai langkah sementara menampung kekurangan bekalan. Syarikat itu meminta injunksi untuk menghalang Azmin daripada mengulangi dakwaan itu selain menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta kos. Azmin menafikan memfitnah syarikat itu dan mendakwa ucapannya adalah komen adil berhubung perkara kepentingan awam. Beliau berkata bahawa beliau tidak menamakan syarikat itu, sama ada secara langsung atau tidak, dan hanya mengkritik dasar kerajaan semasa ceramah pada Mac 2023. Azmin ialah Adun Bukit Antarabangsa, ketua pembangkang DUN Selangor dan ketua penerangan Perikatan Nasional ketika itu. Peguam Nizamuddin Abdul Hamid mewakili Azmin manakala J&E diwakili Bhavanash Sharma. News
RM71 billion in PTPTN loans so far, RM32 billion not repaid Posted on 12/11/2024 There is no quota set on PTPTN loans, which are available to all eligible Malaysian university students, said higher education minister Zambry Abdul Kadir. (Bernama pic) PETALING JAYA: The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) has approved 3,951,404 loans with a total of RM71 billion disbursed up to the end… Read More
Taman OUG body in freezer case: Suspect remanded for seven days until Nov 19 Posted on 14/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 13 — The man who allegedly murdered a woman believed to be his mother and stuffed her body in a freezer about three years ago at a house in Taman OUG, Jalan Klang Lama here has been remanded for seven days starting today. Kuala Lumpur police chief… Read More
Gerson stunner gives Brazil 1-1 draw with Uruguay in World Cup qualifier Posted on 20/11/2024 Uruguay’s Jose Gimenez commits a foul on Brazil’s Vinicius Junior during the match at Arena Fonte Nova in Salvador. (AP pic) SALVADOR: Brazil drew 1-1 with Uruguay in South American qualifiers for the 2026 World Cup on Tuesday after Gerson’s brilliant strike cancelled out Federico Valverde’s opener for the visitors…. Read More