Tekap seterika: Pegawai kadet UPNM mengaku tak salah Posted on 08/11/2024 Amirul Iskandar Norhanizan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan seterika terhadap rakan sekelasnya. KUALA LUMPUR: Seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan seterika terhadap rakan sekelasnya, bulan lalu. Tertuduh, Amirul Iskandar Norhanizan, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Hakim Egusra Ali. Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Mohd Salman Saiful Surash, 20, di hostel UPNM pada 11.45 malam, 22 Okt lalu. Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu. Egusra membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin. Mahkamah menetapkan 27 Dis untuk pengurusan kes. BERITA LANJUT MENYUSUL News
PM Anwar lauds frontline heroes, calls on private sector to assist nearly 100,000 victims Posted on 03/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 3 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has commended the dedication and high spirits shown by security personnel, healthcare workers, and federal and state government agencies in managing the welfare and needs of flood victims. “Their tireless efforts, even having to be away from their families,… Read More
Kanak-kanak dibawa masuk dari Singapura diselamatkan di Kuantan Posted on 27/11/2024 Ketua Polis Johor M Kumar mengumumkan kejayaan polis selamatkan seorang kanak-kanak yang dipercayai dilarikan, hasil risikan dan maklumat orang awam. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak warga China dipercayai dilarikan oleh individu yang tidak dikenalpasti telah diselamatkan polis di Kuantan, Pahang dalam tempoh kurang dari 24 jam selepas laporan dibuat…. Read More
Kod tatalaku: Platform media sosial diberi tempoh sebulan beri maklum balas Posted on 11/11/2024 Kebanyakan penyedia platform media sosial beri kerjasama yang baik dalam memberikan maklum balas berkenaan kod tatalaku, kata menteri. KUCHING: Penyedia platform media sosial diberi tempoh sebulan untuk memberikan maklum balas berkaitan kod tatalaku, sebelum mewajibkan mereka berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tujuan pelesenan. Menteri Komunikasi Fahmi… Read More