Tiada maklumat Jho Low di Myanmar, kata KPN Posted on 22/11/2024 By udot Razarudin Husain berkata polis Malaysia bekerjasama rapat dengan rakan sejawatan mereka di Myanmar kerana kedua-dua pasukan polis adalah sebahagian daripada Aseanapol. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Polis tidak mempunyai maklumat mengenai dakwaan bahawa Low Taek Jho atau Jho Low, bersembunyi di Myanmar. Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata negara pimpinan junta tentera itu tidak memberikan sebarang maklumat kepada polis mengenai ahli perniagaan dikehendaki yang merupakan individu penting dalam skandal 1MDB. “Kita akan berikan dan akan bantu Myanmar dengan apa sahaja maklumat yang kami ada,” kata Razarudin kepada media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini. “Myanmar (polis) juga akan memberikan apa sahaja maklumat yang kita minta kerana mereka juga sebahagian daripada Aseanapol. “Buat masa ini kita tidak ada maklumat apa-apa dan Myanmar juga tidak menyatakan apa-apa maklumat.” Selasa lalu, peguam bekas perdana menteri Najib Razak, Shafee Abdullah berkata beliau percaya Jho Low berada di Myanmar. Shafee berkata beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan keterangan bekas penasihat undang-undang 1MDB, Jasmine Loo, di mahkamah. Pada Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Low adalah ‘dalang’ dalam menentukan bagaimana 1MDB membuat pelaburannya, walaupun tidak memegang jawatan dalam GLC. Ia berdasarkan keterangan pegawai penyiasat SPRM Nur Aida Arifin semasa pemeriksaan balas oleh Shafee dalam perbicaraan rasuah Najib. Penyiasat Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menganggarkan sejumlah USD4.5 bilion telah diseleweng daripada 1MDB, yang ditubuhkan pada 2009. News
Murder charge for man who beat ‘overbearing’ aunt to death in Ipoh Posted on 15/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 15 — Lee Hao Yi, 21, was charged at the magistrates court in Ipoh today with the murder of his aunt, whom he allegedly beat to death with his fists. According to The Star, the jobless Lee nodded when the charge under Section 302 of the Penal… Read More
Wan Saiful gesa umum segera ‘exit strategy’ wakil U Mobile dalam DNB Posted on 22/11/2024 Pada 1 Nov lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengumumkan U Mobile yang dipengerusikan taikun Vincent Tan dipilih melaksanakan rangkaian 5G kedua negara. (Gambar U Mobile) PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) meminta kerajaan mengumumkan segera ‘exit strategy’ wakil U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) dalam Digital Nasional Bhd… Read More
Don’t withdraw case against Daim, says widow Posted on 19/11/2024 Naimah Khalid accused Prime Minister Anwar Ibrahim of using former finance minister Daim Zainuddin’s death as an opportunity to avoid accountability for “repeated public slander” against him. (Bernama pic) PETALING JAYA: Naimah Khalid, the widow of former finance minister Daim Zainuddin, has urged the attorney-general and Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)… Read More