Titah adendum: Menteri Umno sedia beri keterangan di mahkamah Posted on 11/01/2025 Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Umno yakin Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil menilai keabsahan kewujudan titah adendum berkait tahanan rumah Najib Razak. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Menteri Umno dalam kerajaan perpaduan bersedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi jika diperlukan memberi keterangan berkait titah adendum Najib Razak. Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki, berkata parti yakin mahkamah tidak terikat dan adil bagi mengesahkan titah tersebut. “Umno yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan titah adendum tersebut. “Menteri-menteri yang mewakili Umno juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi kelak jika diperlukan untuk memberikan keterangan,” katanya dalam kenyataan. Kenyataan itu dibuat selesai mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi. Katanya, Umno juga akan terus memohon ihsan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bagi Najib diberikan pengampunan penuh dalam sabitan kes SRC International. Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menyangkal beliau menyembunyikan titah adendum berkait tahanan rumah bekas presiden Umno itu. Katanya, Zaliha yang juga ahli Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan menjelaskan, beliau seperti ahli Jemaah Menteri tidak pernah melihat dokumen terbabit. Pada Isnin, Najib yang juga bekas perdana menteri, memperoleh kebenaran Mahkamah Rayuan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, bagi memaksa kerajaan melaksanakan titah adendum oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu, membenarkannya menjalani baki pemenjaraan bawah tahanan rumah. Beberapa pihak menuduh kerajaan sorok titah tersebut, selepas peguam Najib, Shafee Abdullah, mengemukakan kepada mahkamah surat daripada Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang yang mengesahkan kewujudan titah adendum itu. News
Seoul confirms Ukraine captured two North Korean soldiers Posted on 12/01/2025 A photo from Volodymyr Zelensky’s Telegram shows an alleged North Korean soldier detained by Ukrainian forces at an undisclosed location. (AFP pic) SEOUL: South Korea’s National Intelligence Service (NIS) said Sunday it confirmed Ukraine captured two wounded North Korean soldiers this week in Russia, after Ukrainian president Volodymyr Zelensky said… Read More
Kemuka dokumen palsu RM1 juta, Datuk direman Posted on 12/11/2024 Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk mendapatkan perintah reman. (Gambar SPRM) PETALING JAYA: Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bernilai kira-kira RM1.1 juta. Sumber berkata, dokumen itu membabitkan permohonan kuota pekerja asing untuk kelulusan Kementerian Sumber… Read More
Naimah kecam SPRM, Anwar kerana siasatan terhadap Daim diteruskan Posted on 30/11/2024 Naimah Khalid gesa kerajaan dan SPRM menghentikan ‘cerita tidak berasas’ mengenai ‘kecurian berbilion’. PETALING JAYA: Balu bekas menteri kewangan Daim Zainuddin mengecam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana pihak berkuasa masih meneruskan siasatan ke atas kewangan suaminya. Naimah Khalid menyatakan kekecewaannya terhadap kenyataan SPRM bahawa… Read More