Wan Saiful gesa umum segera ‘exit strategy’ wakil U Mobile dalam DNB Posted on 22/11/2024 By udot Pada 1 Nov lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengumumkan U Mobile yang dipengerusikan taikun Vincent Tan dipilih melaksanakan rangkaian 5G kedua negara. (Gambar U Mobile) PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) meminta kerajaan mengumumkan segera ‘exit strategy’ wakil U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) dalam Digital Nasional Bhd (DNB) susulan pemilihannya sebagai penyedia 5G kedua negara. Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, mempersoalkan mengapa Putrajaya belum mengarahkan wakil syarikat itu melepaskan jawatan dalam syarikat tersebut sebagai ahli lembaga pengarah DNB. Beliau yang juga ketua portfolio komunikasi Ahli Parlimen PN berkata, langkah kerajaan menganugerahkan spektrum kepada U Mobile membuatkannya sebagai pesaing kepada DNB iaitu syarikat bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan). “Apabila U Mobile ada wakil dalam lembaga pengarah DNB, adakah itu bermaksud kerajaan sengaja memberikan kelebihan yang tidak adil kepada U Mobile? Ini kerana wakil itu pasti ada akses kepada pelbagai maklumat sensitif mengenai operasi dan strategi DNB. “Kenapa pesaing dibiarkan mengumpul maklumat yang kemudian boleh digunakan untuk mengalahkan DNB?” katanya di Facebook. “Saya menuntut kerajaan segera mengumumkan ‘exit strategy’ bagi U Mobile dari DNB. Jangan teruskan ‘incompetence’ dengan membuat pengumuman tidak lengkap.” Pada 1 Nov lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengumumkan U Mobile yang dipengerusikan taikun Vincent Tan dipilih melaksanakan rangkaian 5G kedua negara. SKMM menjelaskan pemilihannya dibuat atas beberapa faktor seperti rancangan perniagaan dan teknikal, rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan, serta prestasi mereka dalam melaksanakan inisiatif prasarana lain. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan pemilihan U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G kedua negara muktamad dan tidak akan disemak semula walaupun berdepan kritikan. Beliau berkata, ini kerana pemilihan dibuat secara bebas oleh pasukan teknikal dan diputuskan sebulat suara bersama SKMM tanpa campur tangan kerajaan. News
Health ministry staff involved in false Socso claims probe back to work Posted on 20/11/2024 MACC had remanded 36 suspects in connection with the Socso disability claims in September, comprising five orthopaedic specialists, 19 claimants, nine agents and three runners. (Reuters pic) PETALING JAYA: The five health ministry officials in Penang allegedly involved in falsifying Social Security Organisation (Socso) disability claims have resumed their duties…. Read More
Pengimport telur gagal saman fitnah Azmin Posted on 15/11/2024 Azmin Ali disaman berhubung dakwaannya bahawa sebuah syarikat telah memperoleh kontrak melalui rundingan terus dengan kerajaan untuk mengimport telur dari India. KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi telah menolak saman fitnah difailkan pengimport telur tempatan terhadap bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Azmin Ali. Hakim Leong Wai Hong berkata J&E Advance Tech… Read More
Sabah mining GLC bids to trigger probes against ex-CEO for alleged fraud, abuse Posted on 19/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 18 — Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd today accused former chief executive officer Jontih Enggihon of fraud and breach of fiduciary duty. According to Free Malaysia Today, the company also said it has lodged reports with the police and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) over Jontih’s… Read More