12 paramedik, sukarelawan maut dalam serangan Israel di Lubnan Posted on 10/11/2024 By udot Kementerian Kesihatan Lubnan mengutuk tindakan Israel yang terus menyasarkan paramedik dalam serangan udara yang dilakukan. (Gambar AP) BEIRUT: Serangan udara Israel ke atas beberapa bandar di daerah Tyre, selatan Lubnan pada Sabtu mengorbankan 12 paramedik dan sukarelawan pertahanan awam manakala tiga yang lain cedera, lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Kesihatan Lubnan. Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, pesawat tempur menyasarkan bandar Deir Qanoun Ras Al-Ain di daerah Tyre, menyebabkan enam anggota Pengakap Islam iaitu sukarelawan yang terlibat dalam operasi perubatan kecemasan dan pertahanan awam serta seorang paramedik daripada Persatuan Kesihatan Islam, terkorban. Serangan di Deir Qanoun Ras Al-Ain turut mengakibatkan seorang orang awam terbunuh dan 12 lagi cedera. Kementerian itu turut memaklumkan bahawa serangan udara di bandar Ain Baal di Tyre mencederakan tiga anggota Pengakap Islam. Seramai lima lagi anggotanya dilaporkan terbunuh dalam serangan udara di bandar Hanouiyeh di Tyre, menurut Agensi Berita Nasional Lubnan. Kementerian mengutuk tindakan Israel yang terus menyasarkan paramedik dan disifatkan sebagai ‘jenayah perang berterusan yang tidak dihalang oleh komuniti antarabangsa yang bertanggungjawab menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa bagi mencegah keganasan dan pembunuhan beramai-ramai.’ Kementerian Kesihatan juga melaporkan serangan udara Israel di kejiranan Al-Midan di Nabatieh mengakibatkan 12 orang cedera. News
Korean woman declares herself a feminist after assault Posted on 18/11/2024 On Ji-goo (left), who used her pen name and declined to reveal her face for security reasons, and Jung Yun-jung (right), an activist who supported On throughout her trials. (AFP pic) JINJU: Aspiring South Korean writer On Ji-goo never considered herself a feminist but changed her mind after being physically… Read More
Senarai hitam peminjam tak bayar hutang Mara hanya sementara, kata timbalan menteri Posted on 13/11/2024 Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Rubiah Wang berkata antara syarat untuk pelajar memasuki MRSM adalah ibu bapa pelajar tidak disenarai hitam oleh Mara. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Tindakan menyenarai hitam individu yang tidak membayar pinjaman Mara hingga menyebabkan anak mereka tidak memenuhi syarat kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA… Read More
Archbishop of Canterbury resigns over abuse scandal Posted on 13/11/2024 Archbishop of Canterbury Justin Welby resigned five days after the independent Makin Report singled him out for criticism over his handling of abuse allegations dating back to the 1970s. (AFP pic) LONDON: Archbishop of Canterbury Justin Welby, the senior cleric of the Church of England, resigned “in sorrow” on Tuesday,… Read More