8 pelajar sekolah agama swasta dituduh cederakan 3 pelajar Posted on 11/11/2024 Lapan pelajar sebuah sekolah agama swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap tiga pelajar lain. KUALA PILAH: Lapan pelajar sebuah sekolah agama swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap tiga pelajar lain di Rembau, bulan lepas. Empat daripada pelajar berusia 15 tahun mengaku tidak bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, manakala seorang lagi berusia 16 tahun mengaku bersalah. Dua pelajar berusia 17 tahun pula mengaku bersalah atas kesalahan mencederakan seorang pelajar lain berusia 15 tahun. Seorang lagi tertuduh yang berusia 17 tahun, mengaku salah atas pertuduhan sama terhadap pelajar lelaki lain berusia 15 tahun. Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan mereka pada 16 Okt lepas antara lebih kurang 1 pagi hingga 5.30 petang di asrama sebuah sekolah agamar swasta di Rembau. Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun dan denda serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara hingga setahun dan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Zainuddin manakala semua tertuduh diwakili peguam masing-masing termasuk dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Norfazrin Jamal. Majistret Saiful Sayoti kemudian membenarkan jaminan RM2,000 bagi setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Dis sebagai tarikh sebutan semula kes untuk laporan akhlak. News
Pengimport telur gagal saman fitnah Azmin Posted on 15/11/2024 Azmin Ali disaman berhubung dakwaannya bahawa sebuah syarikat telah memperoleh kontrak melalui rundingan terus dengan kerajaan untuk mengimport telur dari India. KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi telah menolak saman fitnah difailkan pengimport telur tempatan terhadap bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Azmin Ali. Hakim Leong Wai Hong berkata J&E Advance Tech… Read More
Ronaldo double takes Al Nassr to brink of Asian Champions League quarters Posted on 26/11/2024 Ronaldo’s impact edged Al Nassr closer to the last eight, with just two points needed from their final three group matches. (AlNassr FC/X pic) DOHA: Cristiano Ronaldo struck twice for Al Nassr as they continued to thrive in the AFC Champions League Elite, with the Saudi champions defeating Al Gharafa 3-1… Read More
PN beri tawaran lebih baik, bukan ‘angan-angan kosong’ tawan Pahang Posted on 19/11/2024 Aireroshairi Roslan yakin PN mampu rampas Pahang pada PRU akan datang. PETALING JAYA: Keyakinan Perikatan Nasional (PN) Pahang menawan Pahang bukan ‘angan-angan kosong’ tetapi berdasarkan kemampuan gabungan itu memberi tawaran lebih baik kepada rakyat, kata Ketua Penerangannya PN Aireroshairi Roslan. Aireroshairi berkata pentadbiran Pahang ketika ini juga mempunyai banyak kelemahan… Read More