Komen ‘komplot’ sembunyi titah adendum, pegawai Azalina lapor KJ Posted on 11/01/2025 Khairy Jamaluddin didakwa menggunakan perkataan ‘komplot’ yang dianggap keterlaluan ke atas Azalina Othman Said, seperti gambarkan menteri undang-undang secara tidak etika bersama sembunyi titah adendum. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Laporan polis terhadap Khairy Jamaluddin dibuat setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, kerana dakwaan ‘berkomplot’ menyembunyikan titah adendum. Suraya Yaacob menerusi laporan Sinar Harian, berkata apa diperkatakan bekas ketua Pemuda Umno itu tidak benar dan memburukkan imej Azalina sebagai anggota Jemaah Menteri. Perkara itu juga mengelirukan rakyat dan menimbulkan perasaan tidak senang serta menimbulkan suasana panik dalam kalangan masyarakat sehingga boleh menggugat keamanan negara. Penggunaan perkataan “komplot” katanya, adalah keterlaluan kerana ia membawa maksud terlibat atau dikaitkan dengan perbuatan menyalahi undang-undang atau tidak beretika. “Perkataan berkenaan juga membayangkan bahawa Azalina secara sedar telah membantu, menyokong atau membenarkan perbuatan menyalahi undang-undang berlaku. “Tambahan lagi, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dalam satu kenyataan pada Jumaat turut mengesahkan bahawa Azalina bukannya ahli lembaga pengampunan mahu pun terlibat dalam apa-apa urusan pentadbiran berkaitan pengampunan mana-mana banduan. “Titah adendum hanyalah khabar angin kerana pembuat dokumen tidak membuat sebarang kenyataan sehinggalah Istana Pahang mengeluarkan surat pengesahan pada 4 Januari 2025 lalu,” menurut laporan itu. Katanya, Khairy perlu disiasat kerana mempunyai niat jahat mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan menyebarkan maklumat palsu yang mengganggu ketenteraman awam dan mengikut Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia. Dilaporkan, Khairy menerusi audio siar ‘Keluar Sekejap’ pada Jumaat, mendakwa Azalina bersubahat menyembunyikan dokumen tambahan membenarkan Najib Razak menghabiskan hukuman pemenjaraan bawah tahanan rumah. News
After ouster, Christina Liew to focus on state elections, party polls Posted on 02/12/2024 Christina Liew was defeated by three votes in the election for chairman of Sabah Pakatan Harapan. (Bernama pic) PETALING JAYA: Christina Liew, who lost the chairmanship of Sabah Pakatan Harapan today, said she would now focus on PKR’s party polls and the coming state assembly elections. Liew said after the… Read More
Seberang Perai council owed RM30.6mil in assessment fees Posted on 10/12/2024 The millions in assessment fee arrears are essential for sustaining municipal services and development projects in Seberang Perai, said local government committee chairman Jason H’ng. (Wikipedia pic) GEORGE TOWN: The Seberang Perai City Council (MBSP) is grappling with RM30.57 million in uncollected assessment fees as of Oct 22. Local government… Read More
Turun sokong Najib tak jejas hubungan Akmal dalam Umno, kata penganalisis Posted on 05/01/2025 Semalam, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata beliau tetap turun Istana Kehakiman Putrajaya esok untuk menyatakan sokongan kepada bekas perdana menteri Najib Razak. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Keputusan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh untuk hadir menyatakan solidariti kepada bekas perdana menteri Najib Razak di Istana Kehakiman Putrajaya esok… Read More