Kumpulan mahu bincang kubur Muslim di tapak pengebumian 13 Mei Posted on 25/11/2024 Tapak perkuburan mangsa rusuhan kaum 13 Mei di Sungai Buloh majoritinya terdiri daripada mangsa kaum Cina. Terdapat juga dua kubur orang Islam di situ. PETALING JAYA: Sebuah persatuan masyarakat mohon diadakan pertemuan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak melibatkan dua kubur orang Islam di kawasan perkuburan mangsa 13 Mei di Sungai Buloh, yang mana baru-baru ini digazet sebagai perkuburan bukan Muslim. Kumpulan itu, Sekretariat Angkatan Islah Rakyat (AIR), mempersoalkan keputusan kerajaan Selangor menggazet kawasan itu, apabila tidak dilakukan sebarang dialog atau penglibatan awam, sambil menekankan kurangnya tatakelola. Pihak sekretariat juga bimbang NGO bukan Islam, Persatuan Sahabat Warisan Kuala Lumpur dan Selangor (Pesawa) diberi hak menguruskan perkuburan itu, mengambil kira ada sejumlah kubur orang Islam di kawasan itu. Semalam, Setiausaha Pewasa Law Jing, berkata pihaknya bercadang bertemu pegawai tanah bagi menjelaskan perkara itu kerana permohonan kumpulan berkenaan untuk menguruskan tanah perkuburan itu tidak termasuk sebarang rujukan kepada agama. Hari ini, People’s Reform Movement juga, berkata mereka ingin mengadakan pertemuan dengan pegawai kerajaan di Gombak bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Dalam kenyataan, kumpulan itu berkata: “Tindakan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak serta kerajaan Selangor tidak menggambarkan pelaksanaan mekanisme, proses dan penglibatan awam yang membolehkan komuniti terjejas untuk mempertahankan hak mereka dengan jelas, sah, dan kepentingan mengurangkan jurang antara pihak berkuasa dengan orang awam.” Kumpulan itu melibatkan Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia, Gerakan Pengundi Sedar, dan Concerned Lawyers for Justice. Pada 22 Nov, Selangor memberi hak kepada Pesawa menguruskan kawasan perkuburan di atas bukit, di belakang Hospital Sungai Buloh. Ia menempatkan 102 batu nisan, majoritinya menyemadikan orang Cina yang menjadi mangsa rusuhan kaum. Kerajaan Selangor mengazet kawasan itu sebagai kawasan perkuburan bukan Muslim, pada 5 Sept. News
Israeli strikes leave 71 pro-Iran fighters dead in Syria’s Palmyra Posted on 21/11/2024 Palmyra was taken over and pillaged by Islamic State extremists at the height of the Syrian civil war. (AFP pic) BEIRUT: Israeli strikes killed 71 pro-Iran militants in the Syrian city of Palmyra, with more than a third of them identified as fighters from Iraq and Lebanon, a monitor said… Read More
Dadah lebih RM28 juta dirampas, terbesar di Johor Posted on 12/11/2024 Ketua Polis Johor M Kumar, berkata sindiket bungkus semula dadah guna peket bungkusan jenama minuman terkenal bagi mengelirukan pihak berkuasa. (Gambar Bernama) JOHOR BAHRU: Polis menahan tujuh individu termasuk dalang berusia 33 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM28 juta dalam tiga serbuan awal bulan ini, sekali gus… Read More
Bekas peguam negara, pesara hakim Mahkamah Persekutuan antara ahli baharu JAC Posted on 11/11/2024 (Dari kiri) Bekas peguam negara Idrus Harun; pesara hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali; bekas peguam besar Sarawak Talat Mahmood Abdul Rashid dan penasihat undang-undang UiTM Hartini Saripan dikatakan kini menganggotai JAC. PETALING JAYA: Bekas peguam negara Idrus Harun dan pesara hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali antara empat tokoh yang dilantik… Read More