Dadah lebih RM28 juta dirampas, terbesar di Johor Posted on 12/11/2024 By udot Ketua Polis Johor M Kumar, berkata sindiket bungkus semula dadah guna peket bungkusan jenama minuman terkenal bagi mengelirukan pihak berkuasa. (Gambar Bernama) JOHOR BAHRU: Polis menahan tujuh individu termasuk dalang berusia 33 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM28 juta dalam tiga serbuan awal bulan ini, sekali gus menjadi rampasan terbesar di Johor tahun ini. Ketua Polis Johor M Kumar, berkata semua suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan, dua wanita tempatan, dan dua wanita warga asing berumur 27 hingga 62 tahun itu ditahan menerusi serbuan di sekitar bandar raya ini, Iskandar Puteri, dan Kluang, pada 3 dan 4 Nov. “Modus operandi sindiket edar dadah yang aktif beroperasi sejak Ogos tahun ini adalah dengan membungkus semula dadah yang diperoleh dari sumber luar itu dengan menggunakan peket bungkusan jenama minuman terkenal di pasaran untuk mengelirukan pihak polis dan agensi penguat kuasa. “Sindiket ini mempunyai pelanggan tersendiri dengan pasarannya adalah di Johor dan kumpulan ini boleh dikategori sebagai pemborong yang besar. Sepeket dadah yang dibungkus dipercayai dijual antara RM200 hingga RM250,” katanya pada sidang media di IPK Johor. Beliau berkata, dalam tiga serbuan itu, sebanyak 158,844.8g serbuk ekstasi; 21,510 biji pil disyaki ekstasi; 11,500 biji pil erimin 5 serta 110g ketamin dirampas dengan nilai berjumlah RM28.31 juta. Kumar berkata polis turut menyita pelbagai barangan, antaranya peralatan memproses dan pembungkusan semula dadah, empat kereta, pelbagai barangan kemas serta wang tunai mata wang tempatan dan asing dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM263,205. “Sindiket ini menjadikan rumah teres berpagar and dikawal sebagai stor penyimpanan dan pembungkusan semula dadah. Semua dadah dirampas ini boleh digunakan oleh 857,784 orang penagih. “Hasil ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada suspek positif amphetamine dan ketamin, manakala hasil semakan rekod lampau mendapati seorang suspek mempunyai rekod berkaitan dadah dan jenayah,” katanya sambil menambah semua tujuh suspek direman bermula 4 Nov sehingga Khamis. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dua suspek warga asing turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. News
Bursa ends higher on renewed interest in selected heavyweights Posted on 13/11/2024 KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia’s key index reversed early losses to end higher today on renewed interest in utilities, as well as industrial product and services stocks amid the mixed performance by regional peers. UOB Kay Hian Wealth Advisors head of investment research Sedek Jantan said the utilities index led Bursa… Read More
Malaysia sees Egypt as strategic partner, says Anwar Posted on 11/11/2024 Prime Minister Anwar Ibrahim had a meeting with Egyptian president Abdel Fattah El-Sisi during his official visit to the country today. (Bernama pic) CAIRO: Malaysia and Egypt have agreed to work towards elevating bilateral relations to the level of strategic partnership in the near future, said Prime Minister Anwar Ibrahim…. Read More
Tak perlu tunggu PRN untuk jalin kerjasama dengan GRS Posted on 10/11/2024 Timbalan Setiausaha Agung Armizan Mohd Ali kata tidak perlu tunggu PRN untuk jalin kerjasama dengan GRS. PAPAR: Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu PRN17. Timbalan Setiausaha Agung GRS Armizan Mohd Ali berkata sekiranya ada pihak yang mahu bekerjasama, ia perlulah dimulakan sekarang… Read More