Komen ‘komplot’ sembunyi titah adendum, pegawai Azalina lapor KJ Posted on 11/01/2025 Khairy Jamaluddin didakwa menggunakan perkataan ‘komplot’ yang dianggap keterlaluan ke atas Azalina Othman Said, seperti gambarkan menteri undang-undang secara tidak etika bersama sembunyi titah adendum. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Laporan polis terhadap Khairy Jamaluddin dibuat setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, kerana dakwaan ‘berkomplot’ menyembunyikan titah adendum. Suraya Yaacob menerusi laporan Sinar Harian, berkata apa diperkatakan bekas ketua Pemuda Umno itu tidak benar dan memburukkan imej Azalina sebagai anggota Jemaah Menteri. Perkara itu juga mengelirukan rakyat dan menimbulkan perasaan tidak senang serta menimbulkan suasana panik dalam kalangan masyarakat sehingga boleh menggugat keamanan negara. Penggunaan perkataan “komplot” katanya, adalah keterlaluan kerana ia membawa maksud terlibat atau dikaitkan dengan perbuatan menyalahi undang-undang atau tidak beretika. “Perkataan berkenaan juga membayangkan bahawa Azalina secara sedar telah membantu, menyokong atau membenarkan perbuatan menyalahi undang-undang berlaku. “Tambahan lagi, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dalam satu kenyataan pada Jumaat turut mengesahkan bahawa Azalina bukannya ahli lembaga pengampunan mahu pun terlibat dalam apa-apa urusan pentadbiran berkaitan pengampunan mana-mana banduan. “Titah adendum hanyalah khabar angin kerana pembuat dokumen tidak membuat sebarang kenyataan sehinggalah Istana Pahang mengeluarkan surat pengesahan pada 4 Januari 2025 lalu,” menurut laporan itu. Katanya, Khairy perlu disiasat kerana mempunyai niat jahat mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan menyebarkan maklumat palsu yang mengganggu ketenteraman awam dan mengikut Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia. Dilaporkan, Khairy menerusi audio siar ‘Keluar Sekejap’ pada Jumaat, mendakwa Azalina bersubahat menyembunyikan dokumen tambahan membenarkan Najib Razak menghabiskan hukuman pemenjaraan bawah tahanan rumah. News
Permit to party: Kelantan mandates licence for New Year’s celebrations, RM20,000 fine or jail for violators Posted on 24/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 24 — Organisers planning to host New Year’s celebrations in Kelantan must secure a permit and entertainment licence from local authorities, or risk facing a fine of up to RM20,000, a five-year jail term, or both. Kelantan Local Government, Housing, Health, and Environment Committee chairman Hilmi Abdullah… Read More
Perak council denies ‘cruel’ dumping of dead strays, files police report Posted on 10/11/2024 Videos of dumped puppies were reportedly posted by a former municipal councillor. (X pics) PETALING JAYA: The Manjung Municipal Council (MPM) has filed a police report over allegations that it had “cruelly” disposed of dead stray dogs by dumping them in a pit. The council said a viral video on… Read More
Claim of ignorance of law by child porn suspects ‘unreasonable,’ says deputy IGP as crackdown continues Posted on 29/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 29 — Most individuals arrested during Op Pedo on December 23 claimed they were unaware that possessing, storing and distributing child sexual abuse material (CSAM) was a criminal offence. According to a Bernama report, Deputy Inspector-General of Police Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dismissed the excuse… Read More