Meritokrasi ketat tak akan berkesan di Sarawak, kata senator PKR Posted on 09/11/2024 By udot Senator Abun Sui Anyit kata pendekatan meritokrasi secara ketat tidak akan berkesan di Sarawak berikutan ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan. (Gambar Parliament of Malaysia) PETALING JAYA: Seorang senator PKR menolak penggunaan meritokrasi secara ketat di Sarawak selepas ia memutuskan untuk menghapuskan kuota kemasukan di lima universiti milik kerajaan negeri. Senator Abun Sui Anyit berkata pendekatan meritokrasi secara ketat tidak akan berkesan di Sarawak berikutan ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan di seluruh negeri itu, lapor Dayak Daily. Beliau menjelaskan penduduk luar bandar, khususnya Dayak, masih kekurangan akses kepada prasarana asas seperti bekalan air bersih, elektrik, internet dan jalan raya, menyebabkan mereka berada pada kedudukan yang tidak sama rata berbanding orang senegeri di bandar. Abun berkata belanjawan negeri 2025 masih perlu tindakan afirmatif bersasaran, untuk memartabatkan golongan itu dan membuka laluan kepada landskap ekonomi yang lebih seimbang. “Sudah tiba masanya dasar dirombak secara tuntas yang memastikan pertumbuhan mampan dan memberi kepada penduduk luar bandar sokongan yang mereka perlukan untuk berkembang maju seiring kawasan bandar,” katanya. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Annuar Rapa’ee pada Sabtu lepas menggambarkan kemungkinan kemasukan ke lima pusat pengajian milik kerajaan negeri berdasarkan merit atau kelayakan yang telah ditetapkan, lapor Utusan Borneo. Lima pusat itu ialah Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Universiti Curtin Malaysia, Universiti Teknologi Sarawak, Kolej Universiti i-CATS, dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak. Bagi memastikan pelajar luar bandar diterima masuk ke institusi tersebut, Annuar berkata Sarawak sedang menaik taraf kemudahan pendidikan dan memperuntukkan RM15 juta setiap tahun untuk menyediakan tuisyen percuma kepada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Langkah itu disambut baik oleh beberapa pihak termasuk bekas menteri Zaid Ibrahim yang berkata negeri lain harus mencontohi Sarawak. Pakar pendidikan, Kua Kia Soong, juga mengalu-alukan langkah Sarawak tetapi berkata tindakan afirmatif harus dikekalkan untuk masyarakat kurang bernasib baik, seperti Orang Asal. Kua berkata tindakan afirmatif harus meletakkan matlamat khusus, quota, dan ‘sunset clauses’ bagi mengelakkan penyalahgunaan. News
Selangor bentang Belanjawan 2025 RM3 bilion Posted on 15/11/2024 Bertemakan ‘Selangor Dinamik: Cita Sempurna Malaysia Madani’ belanjawan itu akan digerakkan melalui lima teras utama. SHAH ALAM: Kerajaan Selangor membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM3 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri itu tahun depan. Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata daripada jumlah itu sebanyak RM1.7 bilion atau 56.7% diperuntukkan bagi perbelanjaan… Read More
When stealing is a more serious offence then causing a person’s death Posted on 08/11/2024 From Clement Stanley Maybe hardly anyone knows Kamar Mat Sarin or has heard of him. Perhaps he was just too ordinary for anyone to take notice of a 64-year-old man at the entrance of a supermarket in Klebang, Ipoh. But someone did notice him: Siti Nuridah Jumli. The 24-year-old woman,… Read More
Dadah lebih RM28 juta dirampas, terbesar di Johor Posted on 12/11/2024 Ketua Polis Johor M Kumar, berkata sindiket bungkus semula dadah guna peket bungkusan jenama minuman terkenal bagi mengelirukan pihak berkuasa. (Gambar Bernama) JOHOR BAHRU: Polis menahan tujuh individu termasuk dalang berusia 33 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM28 juta dalam tiga serbuan awal bulan ini, sekali gus… Read More