Sindiket palsu dokumen tumpas, 2 dalang utama ditahan Posted on 16/11/2024 By udot Jabatan Imigresen menjalankan operasi khas di tiga lokasi sekitar Setapak Jaya Khamis lalu berdasarkan aduan awam dan risikan selama tiga minggu. (Gambar JIM) PETALING JAYA: Satu sindiket pemalsuan dokumen tumpas susulan penahanan dua warga Pakistan dipercayai “dalang utamanya” di ibu negara, kelmarin. Sindiket itu menggunakan pasport tulen individu lain atau tamat tempoh dengan meminda maklumat biodata bagi kemudahan warga asing memohon pemeriksaan kesihatan saringan kesihatan Bio-Medical dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) dengan upah RM200 setiap urusan. Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban, berkata sepasukan pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya melancarkan operasi khas di tiga lokasi sekitar Setapak Jaya mulai 11.51 pagi Khamis lalu berdasarkan aduan awam dan risikan selama tiga minggu. Katanya, dua lelaki Pakistan berusia 27 dan 37 tahun yang dipercayai “dalang utama” ditahan hasil pemeriksaan ke atas dua kenderaan mencurigakan. “Turut ditahan enam lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki warga India dalam kenderaan itu. Mereka berusia 21 hingga 55 tahun,” katanya menurut Harian Metro. Beliau berkata, sindiket itu menawarkan perkhidmatan menyediakan pasport kepada warga asing tidak memiliki dokumen perjalanan. “Sindiket ini menggunakan pasport tulen milik individu lain atau tamat tempoh dengan meminda maklumat pada biodata bagi kemudahan warga asing memohon pemeriksaan kesihatan Fomema. Sindiket juga akan membawa warga asing yang dibekalkan pasport diubah suai ke klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.” Menurutnya, sindiket itu dipercayai beroperasi selama enam bulan dan kes disiasat mengikut Akta Pasport 1966 serta Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63. News
12 paramedik, sukarelawan maut dalam serangan Israel di Lubnan Posted on 10/11/2024 Kementerian Kesihatan Lubnan mengutuk tindakan Israel yang terus menyasarkan paramedik dalam serangan udara yang dilakukan. (Gambar AP) BEIRUT: Serangan udara Israel ke atas beberapa bandar di daerah Tyre, selatan Lubnan pada Sabtu mengorbankan 12 paramedik dan sukarelawan pertahanan awam manakala tiga yang lain cedera, lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Kesihatan… Read More
Israeli strike on Beirut kills Hezbollah media head, say security sources Posted on 18/11/2024 The strike hit a building in the Ras al-Nabaa neighbourhood. Lebanese media say Mohammad Afif was in the building at the time. (AP pic) BEIRUT: An Israeli strike on a building in a densely populated district of Beirut on Sunday killed Hezbollah’s media relations chief Mohammad Afif, two Lebanese security… Read More
Pengimport telur gagal saman fitnah Azmin Posted on 15/11/2024 Azmin Ali disaman berhubung dakwaannya bahawa sebuah syarikat telah memperoleh kontrak melalui rundingan terus dengan kerajaan untuk mengimport telur dari India. KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi telah menolak saman fitnah difailkan pengimport telur tempatan terhadap bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Azmin Ali. Hakim Leong Wai Hong berkata J&E Advance Tech… Read More